Thursday, April 13, 2017

Dugaan Ke Arah Perkahwinan

Assalammualaikum w.b.t




Semua orang menginginkan perkahwinan yang indah dan bahagia. Me as well want the same thing. Perjalanan ke arah sebuah perkahwinan tidaklah mudah. Pelbagai dugaan yang harus ditempuhi. Lain pasangan lain dugaannya.

Perkara yang selalu menjadi halangan selalunya ialah pasangan curang. Ya, sangat menyakitkan apabila insan yang kita sayang, cinta dan percaya akhirnya tewas dengan hasutan syaitan. Apabila perkara seperti ini berlaku, maka timbul persoalan di fikiran pasangan yang telah dicurangi itu. "Aku tidak cukup baik kah?" "Aku tidak sempurna di matanya?" "Kenapa dia berniat ingin berkahwin denganku kalau dia inginkan orang lain selain diriku?" "Hina sangatkah aku?" dan bermacam lagi persoalan. Malah ada yang berfikiran singkat sehingga meragut nyawa iaitu bunuh diri disebabkan terlalu kecewa dan tidak dapat menanggung stress. Kes seperti ini memang sangat popular di setiap negara, tidak kira agama dan bangsa sebab ini semuanya terpulang dengan diri sendiri. Sifat yang tidak kenal erti bersyukur memang ada dalam diri manusia cuma terpulang kepada kita bagaimana kita mengawalnya.

Kes lain yang selalunya terjadi ialah tiada restu orang tua. Apabila dua insan bercinta dan ingin mengikat menjadi hubungan yang sah tapi orang tua tidak merestuinya. Antara sebab-sebab sebuah perhubungan itu tidak direstui ialah agama, bangsa, darjat, umur dan jarak. Perkahwinan adalah sesuatu perkara yang indah. Mengapa perlu dihalang dan tidak mencari solution supaya perkahwinan itu dapat diteruskan? Ya, memang setiap ibu bapa inginkan yang terbaik buat anak-anak. Tapi yang perlu hidup dengan si anak apabila suda berkahwin ialah orang yang akan menjadi isteri/suami si anak. Apa salahnya jikalau ibu bapa menghormati pilihan hatinya. Doakan yang baik-baik sahaja. Tidak perlulah merajuk dan buat spekulasi yang si anak sudah tidak menyayangi dan menghormati anda disebabkan dia berkeras ingin berkahwin dengan pilihan hatinya. Janganlah didoakan seperti "Kau tengoklah nanti. Kau tidak akan bahagia tanpa restu kami". Memang sah lah si anak tidak akan bahagia disebabkan doa ibu bapa sedemikian rupa. Walaupun kita tidak suka dengan pilihan hati anak, tapi sekurang-kurangnya anak sudah meminta izin dengan cara baik. Kalau kahwin lari tu cerita lainlah.

Walau apa pun yang terjadi, setiap pasangan haruslah setia, sayang dan cinta antara satu sama lain. Sebuah hubungan tidak akan berjaya jikalau hanya seorang sahaja yang berusaha untuk mempertahankannya. Semoga setiap pasangan yang bakal berkahwin atau yang sudah berkahwin sama-sama menjaga hubungan supaya kekal bahagia.

P/S :: Sekadar berkongsi pendapat dan perkara yang berlaku di sekeliling..