Tuesday, September 6, 2011

7 tips Persahabatan




1. Saling Percaya

Ini penting untuk menjaga sebuah persahabatan. Jangan begitu percaya pada gosip itu dan ini tentang kawan korang. Selidik dulu kebenarannya. Jangan terus percaya bulat-bulat dengan gosip-gosip yang belum tentu benar. Menjalin persahabatan memang mudah tapi untuk mengekalkannya yang susah sikit. Jadikan laa saling percaya itu sebagai kunci utama dalam menjalin persahabatan. Tanpa saling percaya, korang tak akan jumpa kawan yang baik sampai bila-bila pun.


2. Saling Memahami

Tanpa saling memahami antara satu sama lain, roboh laa persahabatan korang tu. Cuba laa fahami kelebihan dan kekurangan masing-masing. Tapi ingat, jangan sampai berat sebelah. Contohnya, korang selalu nak kawan korang faham sifat dan keinginan korang tapi korang sendiri tak mahu faham tentang sifat dan keinginan dia. Understanding laa sikit beb. Ok ?


3. Saling Membantu

Sebagai seorang kawan, korang memerlukan antara satu sama lain. So, korang harus laa saling bantu-membantu ya. Bila kawan korang mempunyai masalah, jangan laa pulak korang berpura-pura tak tahu dan biarkan dia solve sendiri masalahnya tu. Tunjukkn laa korang ni selalu sedia untuk membantu dia. Baru laa namanya BFF.


4. Saling Menepati Janji

Sekali dua tak menepati janji mungkin masih boleh diterima. Tapi macamana kalau dah berkali-kali mungkir janji ? Tentu kawan korang susah dah nank percaya kat korang lagi kan. Kalau tak boleh datang, padahal dah janji nak datang, pastikan korang berusaha hubungi dia supaya dia tak tunggu lama. Selain itu, jangan pulak pura-pura lupa mintak maaf bila korang tak menepati janji, walaupun korang tak sengaja buat macam tu. At least tak jugak dia memendam perasaan marahnya kat korang kan.


5. Saling Menghargai

Mentang-mentang laa dia tu kawan korang, jadi dengan sewenang-wenangnya korang menyinggung perasaannya. Bergurau boleh, tiada siapa yang larang. Tapi jangan sampai boleh membuatkan dia tersinggung. Elakkan bergurau dengan benda-benda yang sensitive. Mintak pendapatnya dan belajar menghargainya walaupun tidak berkenan di hati korang.


6. Jujur dan Terbuka

Korang harus jujur dan terbuka bila berkawan. Jangan sembunyikan perasaan korang bila ada sikapnya yang korang tak senang. Kalau dia salah, bagitau dia terus-terang. Kalau korang diam jak, itu namanya tak jujur.


7. Saling Mengalah

Kalau ada masalah kecil, jangan diperbesar-besarkan. Segera atasinya sebelum bertambah teruk. Demi persahabatan, tak salah kalau korang mengalah kan ? Lagipun, kalau mengalah tak ada ruginya pun. So kalau korang sayangkan persahabatan korang, better mengalah laa.

Paipyeeee !!! :)

1 Suka Bebelan Si Farah:

Ummi Iman

askm. entri yang menarik.. jumpa blog ni dari image di atas tu.. pinjam ayat dalam image tu ya :)

kawan yang terbaik adalah kawan yang sentiasa menghormati dan menghargai kita..

Post a Comment

Kalau Berani Komen Laa :))