Sunday, September 4, 2011

Bahasa Tubuh

Wahai makhluk Tuhan yang bergelar wanita, untuk menghindari gangguan rayuan, harus dimulai dari diri korang. Hati-hati, kadang-kadang bahasa tubuh boleh membuat orang mempunyai maksud yang tertentu, yang tentu sahaja merugikan diri korang tuu.




Skirt pendek

                Pakai mini skirt boleh, asalkan jangan agak keterlaluan pendeknya. Lebih penting, selagi mengenakan pakaian macam itu, jaga sikap korang. Tak perlu laa korang menarik-narik hujung skirt ketika ingin duduk atau berusaha menutupi sebahagian tubuh korang yang dapat di tengok oleh orang lain. Sikap macam ni boleh membuatkan orang member perhatian ke situ. Terutamanya lelaki-lelaki yang gatal dan miang. Dorang suka tengok benda-benda macam ni. Naa kalau korang tak nak jadi mangsa r**oL, lebih baik jangan guna skirt laa akak oooii.


Baju ketat

                Seluar jeans ketat, legging atau blaus yang melekat pada kulit. Boleh jugak korang pakai kalau memang suka dan sesuai dengan bentuk tubuh korang. Tapi ingat, bila korang boleh pakai. Seluar jeans, masih sesuai digabung dengan t-shirt. Tapi baju ketat yang lain, jangan laa korang memandai-mandai pakai time dating dengan ‘boipren’. This is becoz boleh memancing perhatian ke yang tidak baik. Awas ! 


Baju jarang

Kalau teringin nak pakai pakaian yang diperbuat daripada bahan halus atau jarang, jangan lupa pakai pakaian dalam. Selain lebih aman dan tenteram hidup korang, penampilan korang jugak dilihat lebih rapi dan kemas. Tak laa jugak orang berprasangka yang tak baik dengan korang.


Baju terbuka

Kancingkan baju korang dengan sebaik-baiknya. Kalau pakai blaus tanpa lengan tu biar laa bertempat sikit. Ikut situasi laa jugak kalau nak bergaya. Kadang-kadang baju terbuka boleh membuat orang mempunyai maksud buruk kat korang. Naya beb !


That’s it..byeeee

0 Suka Bebelan Si Farah:

Post a Comment

Kalau Berani Komen Laa :))