Thursday, December 20, 2012

Interview Degree


Assalamualaikum w.b.t


Huuhuhuhuhuhu.. nervous nak interview nii.. awal pagi dah bangun.. pukul 8 lebih dah gerak ke UiTM.. 1st thing pegi HEA dulu.. mau ambik transkrip then pegi copy 2 helai.. pastu baru pegi fakulti.. sampai fakulti geng-geng lain dah ada.. kitorang di suruh isi a few borang.. fail kami semua di ambik pastu disusun.. orang-orang yang pertama dipanggil Leo dengan Farhan.. punya main lama lagi dorang kat dalam tuu.. sejam pun ada jugak..ingatkan dipanggil random.. rupanya dah disusun.. kalau tau siapa yang hantar borang dulu kena interview dulu, buat cepat-cepat :P.. mau buat cepat-cepat macamana jugak kalau semua pun betanya-tanya hahaha. macam baru first time interview pulak kan hahaha.. 

Okeeeyy ~ dah lama tunggu giliran.. last-last sampai lunch break tak sampai giliran lagi. aduiii.. so kena tunggu sampai pukul 2pm laa.. pastu geng masuk dalam kena interview dorang Si Ben, Apip and Am.. memang gila laa.. dah laa Ben sebelah saya hahaha.. semua nervous.. dah laa saya sorang jak perempuan hahahaha.. tapi Alhamdulillah laa semua nya okee.. tapi Apip laa yang paling gila kuasa.. ditanya nak sambung degree kat mana, jawapannya 2 muka surat di bagi.. kami semua jawab sepatah 2 kata jak hahahahahhah.. terbaik laa Apip hahaha.. tapi bagus laa banyak cakap.. Insha Allah semuanya berjaya sambung degree yaa kawan-kawan.. AMIN ~


suasana di bilik menunggu.. sabar menunggu hahahah

oke laa thats all.. paipyee ~

Wednesday, December 19, 2012

Welcome back to Kuching !!


Assalamualaikum w.b.t


Wuhuuu ! saya dah sampai kat Kuching !! hihi.. penat tau sepanjang hari naik turun kapal.. adeiii.. last flight Miri-Kuching saya tak tidur.. mau menikmati keindahan laa konon.. selalu tidoo jak memanjang.. last flight ni mau jugak tengok Sarawak ni dari atas hihi.. very the beautifull oo.. indah sungguh ciptaan Allah kan :)) .. mau tengok jugak ?? jangan risau.. saya ada ambik some pictures :))










oke thats all.. paipyee ~

Tuesday, December 18, 2012

Hello Miri International Airport


Assalamualaikum w.b.t



Naa ini dia muka kebusanan haha.. aloneee ~ tiada kawan becakap.. sedih tauu.. lappy jak laa peneman setia saya.. sangat berjasa dia ni hihi.. takpa-takpa.. tak lama lagi sampai suda (menenangkan hati sendiri) .. check in pun belum lagi nii.. lapar lagii aduiii.. malas nii naik atas haha.. pukul 3 laa nanti naik okee..

oke thats it.. paipyee ~

Saya ada ASK.FM


Assalamualaikum w.b.t


Halluuu. saya ada ASK.FM suda. hihi. saya pun tak tau laa apa benda nii. boring-boring menunggu nii terus sign up laa hihi .. sila lah follow saya di sini farahnajwaazmi ..





oke thats it.. paipyee

Terbang ke langit.. wuhuuu !!

Assalamualaikum w.b.t


Good morning ebribadii !! okeeyy sangat mengantuk.. awal-awal pagi lagi dah kena bangun.. set alarm 6.30 am tapi aunty kejutkan pukul 6 am.. ya rabbiiii.. memang kelam-kabut saya dibuatnya hahahaha.. ye laa dorang kena pegi keja pastu kena hantar saya pegi epot dulu.. tak pa laa.. saya ni menumpang.. so ikut jak laa haha.. flight pkul 9 am tp dah ada kat epot 7 am.. nasib baiklah ada wifi nii hah.. dapat jugak menghilangkan keboringan diriku haha.. 

Buat apa di epot ?? haaa.. curious laa tuu (haha perasan kena tanya :P) saya mau p Kuching baa nii.. ada interview degree kat UiTM Samarahan.. tapi kena pegi Labuan-Miri-Kuching.. 2 flight saya naik arini.. sebab apa tak direct ke Kuching ?? ticket habis sayang.. ni pun semua salah saya hahaha.. maafkan saya AYAHANDA DAN IBUNDA hihihihi.. 

Sebelum tuu kita breakfast dulu !!!

Sausage McMuffin and Hot Milo.. yummyumm ~


oke thats it.. paipye ~

Monday, November 26, 2012

Kuching Ultimate Upon (KUO)



Assalamualaikum W.B.T ..
Peace Be Upon You ..






ORGANIZED BY :: UUC and ULTRAS


Kuching Ultimate Open 2012 Result ::



Best Spirit Team Award

Headhunters X


Most Valuable Player

Nazrie (Male)

Nicky (Female)



Ranking

1. Falcon
2. Ultralumni
3. Headhunters X
4. Ultras
5. Falcon Jr.
6. Kiddo's
7. Ultras Baby
8. Frisburne
9. Swinbee



 some pictures to show :))



Winner Pool B (Falcon Jr.)
Winner Pool A (Falcon)



Best Spirit Team Award


MVP Female Nicky

oke thats all.. paipye :))



Tuesday, October 23, 2012

Kuching Ultimate League (KULE)




Assalammualaikum W.B.T
wahai Readers yg Cute2 n Hensem Sekalian

Hello ebelibadii ~
Bertemu lagi kita di blog yang sama....hahahaha..

Hari tuu kan..Kelab kitorang (ULTRAS) organize ultimate league untuk area Kuching, Sarawak..


Tadaa !! hihi
Cantik kan ?? yang ni bukan saya yang buat :P

The place..
Love nature ~

The Schedule..
Ini sepatutnya jadual perlawanan kitorang..tapi team tak cukup..ada 3 team sahaja..weee ~



The Result

Game 1st

ULTRAS -16 vs 1- SWINBURNE


Game 2nd

ULTRAS - 10 vs 6 - KIDDOS

Game 3rd

KIDDOS - 8 vs 5 - SWINBURNE



Picture time ~

































The Swinburne Team ~~~


Special thanks to Swinburne Team for joining the league..have a great time with them ^-^ .. see you soon Swinbee :))



oke thats all..paipyee ~

Friday, October 19, 2012

Diploma Exams .. Done !!!



Assalammualaikum W.B.T
wahai Readers yg Cute2 n Hensem Sekalian


walaaweyh ~ exam dah abis laa.. betapa gumbiranya hati ini .. yaaaahooo.. akhirnya hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba ..
GUA dah habis diploma laa weehh hahahahaha..

hamboii.. konpidennya gua .. result belum keluar dah ada hati nak bergumbira sakan .. ish ish ish dia nii.. tak pandai insap hahahhaha..


tapi harap-harap laa semuanya oke kan .. tak nak laa repeat-repeat nii .. insyaallah tak hihi .. 

kawan-kawan .. berserah saja laa eyh .. apa-apa pun yang jadi yang penting kita dah usaha :P


oke laa thats all.. paipye :)

Friday, October 12, 2012

Fairy Tales foreword ~




Assalammualaikum W.B.T
wahai Readers yg Cute2 n Hensem Sekalian



Fairy tales are stories that tell of wondrous and miraculous happenings. The character often include supernatural beings such as fairies and elves, goblins and witches, giants and dragons or other monsters. magical objects like flying horses and carpets, mysterious plants with miraculous powers or mere spells, can bring deliverance or wreak havoc.

Fairy tales never go out of fashion. they are the stuff of dreams and imagination, and they will continue to fascinate readers young and old, now and in the future, as they have done in past generations. The most popular ones have been transformed into comic books, plays, movies and other forms of popular entertainment.

Popular themes range from good fairies and spirits giving a hand to the good-hearted or the underprivileged, from the common person rising above his or her station to become the prince and princess themselves while braving the odds for a worthy cause.

Fairy tales were once condemned as being neither moral nor healthy for little children, fearing that improper thoughts and ideas would be planted in the minds of the young. yet they have survived through the ages. a book of fairy tales is as much a book of magic as it is a manual for education, to pass on the experiences of different kinds of people, whether they are commoners or royalty, simple folk or the worldly wise.


REFERENCE :: More Fairy Tales from Asia (book)

Thursday, October 4, 2012

Apa Tu Cinta ?? hurmm ~



Assalammualaikum W.B.T
wahai Readers yg Cute2 n Hensem Sekalian

Halluuu. Tiba-tiba terasa ingin update blog pulak pagi-pagi buta nii. Apa yang bakal ditulis olehku nanti tidak ada kaitan dengan sesiapa pun, samada yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia.

Cinta ~ tahu kah apa maksudnya ?? meh sini gua share sama lu J

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.


Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Sumber : TENTANGCINTA

So, amacam ?? tahu dah ?? hihi. Mesti ada rasa menyesal, sedih, marah, etc…haha. Suka hati jak aku buat conclusion.

Oke, itu hanya laa pembuka kata.. bagi paham korang dulu. Baru lah senang nak story hihi..

Dulu..time sekolah menengah, aku tak tau pun apa tu cinta..bila cakap pasal cinta, rasa geli..eww ~ mungkin disebabkan masih muda.. lepas itu couple dengan budak hensem (1st couple).. aku minat dia disebabkan muka hensem..lain-lain aku tak tengok pun..yang aku tahu boyfriend aku hensem..cukuplah..boleh aku bangga dengan kawan-kawan aku J..bila dapat boyfriend hensem, playboy pulak..lepas itu break..dapat boyfriend lagi time form 4 (2nd boyfriend)..yang ni aku tak tengok pun muka dia macamana..hensem ka ? buruk ka ? aku just terima jak..sebab dah fed up dengan lelaki hensem..time nii..prinsip aku..biar tak hensem yang penting setia..tapi stil jugak curang..2011 aku break dengan mamat ni..


So, now..i’m single….


1.    Aku ni bukan laa perfect. Macam orang lain selalu cakap “nobody is perfect”. Fizikal aku ? tak lawa. Ya, aku besyukur dengan apa yang aku ada. Kadang-kadang aku mengeluh jugak kenapa aku tak cantik macam yang lain. Tapi tak kesah laa. Yang penting family aku sayang aku.. J

2.    Aku memang seorang yang pemarah, penjeles yang teramat sangat, kuat merajuk, kuat touching..tapi aku ni senang sangat sayang orang..itu laa yang susahnya..

3.    Agama ? hurmm. Benda ni yang aku paling lemah sebenarnya. Terus terang aku bagitau. Aku ni tak kuat agama. Pakai tudung pun on off on off…solat ? hurmm…lagi laa..


So, sekarang ni..aku nak lelaki yang boleh bimbing aku dalam hal agama dan hal-hal lain jugak..aku tak bercinta just untuk suka-suka..ya, memang perangai aku macam budak-budak..suka main-main..tapi, ada masa aku serius jugak..



Dear future husband,
Aku perlu kau untuk jaga aku. Bimbing aku. Bawa ke jalan yang benar yang ALLAH sediakan. Terima aku seadanya. Kalau kau lebih pilih rupa daripada hati, then you are not even mine. Insyaallah, kalau ada jodoh..ALLAH akan pertemukan kita J..i’ll pray a lot for our sake..



oke laa..thats all..paipye :))


Tuesday, September 4, 2012

Selamat Hari Raya ~



Assalammualaikum W.B.T
wahai Readers yg Cute2 n Hensem Sekalian

Helo helo ~ Selamat Hari Raya semuaa. belum terlambat wish kan ?? alaa. masih dalam bulan Syawal laa. post kali nii nak story pasal raya. yelaa. dah terang-terang tajuk tuu selamat hari raya. takkan nak story pasal raya haji pulak. adoooii. oke tu langsung tak lawak haha. 


Raya tahun nii lain sikitt. rasa best hihi. jeng jeng jeng.... apa yang best tuu ?? haaa. mesti nak tau kan ?? cheee. bajet hot pulak aku nii hahahaha.


Tahun nii kitorang jadi tuan rumah. semua family datang tidur kat rumah. bestnyaa ramai-ramai. pastu kann. raya kat rumah baru pulak tuu. excited yang amat sangat ~ tapi memang menganga laa jugak kan nak kemas rumah yang tak seberapa nak besar tuu. yelaa. macamana tak penat kalau saya dengan ibu jak yang bersihkan rumah. nak harapkan AUDI dan AUNI ?? sorry laa beb. rasanya tak siap kemas rumah. 


Sudah-sudah laa membebel. mesti tak sabar nak layan gambar kann. bak kata orang "let pictures tell the story" cheee ~ (entah betul kaa tidak ayat tu) (ohmyEnglish betul laa haha)



Busy potong daging bersama si kakak Riby :))

Makan tengah malam. yaii burgerr ~


Hari Raya Pertama

tadaaa !! ini laa rumah baru saya. cute jak even kecik :)). open house on 1st Raya :))

macam biasa. family photo laa. sayang dorang baa


formal abiss begambar haha

start suda gambar geng pugut-pugutan haha







from left OIYOE, FARAH, MEL, CHUNK. netball gang. miss you guys. thanks for coming :))

craziest cuzzie

went to volleyball match. chayoo hihi

RAYA KEDUA
kami sayang si kakak RIBY !!!
si mimi yang berbaju t-shirt pink tuu baru datang raya kedua. main tipu betul pugut tuu. haha

pheeewit ~ RED !!

yaii ~
karaoke !! bbq !!


lalalalala. macam pandai nyanyi. sudah laa dicakap suara macam bintang kecil :P

naaaa. pebret sekeluarga. DURIAN MERAH hihihi


Puas sudah tengok gambar ?? belum ?? ada lagi baa.

Tahun nii sangat best sebab dapat beraya di SARAWAK ~ weeeee ~ first time nii. first time beraya dengan kawan-kawan dan rumah kawan sendiri. selalunya beraya di rumah kawan-kawan ayah dengan ibu jak. this time rumah kawan sendiri pulak hihihihi. thanks kepada sesiapa yang telah terlibat yaa hihihi. baa jum layan gambar lagii hihi :))


rumah abang azuan ~

rumah abang naj ~

with nik. abang naj's house

DAYDEQ's house

fitting room pun boleh :))



Beraya untuk hari yang kedua :))

last picture from me ~ yaww hihi

Naa habis sudah. itu jak laa untuk kali nii yaa. sorry jarang update blog :))



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN :))


thats all. kbaii :))