Thursday, February 2, 2012

Champion Of UiTM Aerofit Challenge ~ dowhh ~



Assalammualaikum W.B.T
wahai Readers yg Cute2 n Hensem Sekalian

Ececeh title tu baa kan. tidak surprise oo kan :P. supposed bagitau akhir-akhir nanti kan :P. tidak apa laa. paham kaa maksud title tu? hah? tidak paham? alaa korang ni. itu pon kena explain kaa? maksudnya aku menang makan nasi sampai aku buncit. hahahahahaha. bukan laa. jokes beii :P. kami menang pertandingan AEROFIT baa. alaa yang aerobic tu baa. pegi baca post sebelum ni hihi.


Korang mau tau kaa. kami training 1 hari setengah jak. gila kann. okla okla. meh sini aku storykan korang dari awal yaa. baru laa feel kan? cheeewaaahh ~ :P . 


Sabtu pagi (28/01/2012), after aku, nabilah and amirah pegi meeting, kitorang terus pegi fakulti. kemarinnya dah janji dengan abg naz, abg azuan and p-sunk (amir) jumpa kat fakulti pukul 11 lebih macam tu. sampai kat fakulti kitorang bertiga nii tunggu laa yang lain datang. tidak lama lepas tu abg naz datang laa. terus abg naz ajar kitorang step-step yang dia dah practice semalaman tu kononnya :P. mula-mula tu memang macam berterabur laa. dalam pikiran aku pon memang dah give up. semua pun blur-blur haha. last-last tiru step and lagu dalam video yang abg naj tunjukkan kami. haha. tapi tidak semua laa. sebab tidak dapat cari lagu yang sama. so terpaksa cari lagu lain tapi step sama haha. time tu kitorang baru 3 orang yang datang. abg azuan and p-sunk belum datang lagi. so tidak tau lagi siapa yang masuk team kami. after abg azuan sampai kitorang contact p-sunk pulak. dia kata dia ada hal. petang baru dapat pegi. so kitorang pon macam pikir-pikir lagi. mau ambik p-sunk or cari orang lain. tapi mau cari siapa. last-last abg azuan suggest nama boboi. kami pon orait jak. pukul 3 macam tu boboi datang. korang tau kaa. kitorang practice kat fakulti tu sampai malam. memang berabis practice laa kami :P. 


Ahad pagi tu kitorang practice lagi. malamnya dah bertanding. kitorang pon risau jugak sebab step belum hafal semua lagi. aduii. tempat yang sama kitorang practice. janji practice pukul 9. tapi kitorang datang pukul 9 lebih haha. kesian boboi. dari pukul 8 lagi dia kat fakulti. sorry boii :P. sementara tunggu semua datang, kitorang practice dulu. mau bagi perfect lagi laa konon. padahal risau malam nanti lupa step haha. kitorang practice satu-satu lagu sampai perfect. penat laa jugak. tapi best. dah lama tak keluar peluh banyak-banyak. kitorang practice sampai pukul 3 lebih macam tu.


Pukul 6 lebih macam tu kitorang siap-siap then pegi depan DJ. mau practice kejap. time ni dah nervous ni. abg naj and lanut pun datang support kitorang. thanks. korang memang terbaik laa hihi. dah mandi peluh kami practice nii. dipendekkan story. kitorang group number 3 yang perform. ada 4 group jak yang bertanding. group yang 3 lagi tuu semua part 1. hahaha. kitorang jak ni yang dah tua-tua ikut :P. time perform tu kan. memang nervous tahap gaban laa. aku pon banyak buat mistake haha. malunyaaa. tapi sangat enjoy.


Pastu before result di bagitau, organizer buat 2 game. yang first game CAP KALI CAP. second GORILLA. kami dapat main yang GORILLA tu jak. best main game tuu hihi. aku pon kena jugak hahaha. kuang acham punya organizer :P.


Joey jadi MC malam tu. macam-macam laa dia tu. mau buat macam AZNIL konon yang buat audience suspen haha. bila group yang dapat number 4 and 3 dah diumumkan. 2 group yang belum disebut tu kena suru naik stage. tidak laa jugak mau gugur jantung baa haha. tapi lama sangat Joey tu mau bagitau siapa winner. bila Joey umum jak kitorang yang menang. terus kitorang menari hahaha. gila. memang out of control tuu :P. tau kaa kenapa aku mau menang ? sebab aku mau perform sekali lagi hahah. sebab biasanya kalau menang kan perform sekali lagi :P. bukan sebab mau hadiah pon :P. performance yang kedua pulak yang lagi bagus dari yang first. mungkin sebab tidak nervous dah hihi. 


okey special thanks to abg naz yang sudi membazirkan masa dengan kitorang sepanjang hari. niki pon berjasa jugak sebab tolong bayarkan yuran and jadi first aider kitorang. sayang kau :P. abg naj and lanut, makaseh sudi datang support. jadi tukang ambik gambar and video kitorang :)). kengkawan yang lain pon thanks jugak support kitorang :)). to group member :: nabilah, amirah, boboii and abg azuan, congrats guys. even kita practice selama 1 hari setengah jak tapi kita buleh menang haha. lawak nyaa. good job laa. CONGRATS BLUE SPARKLE ~


atas (dari kiri) :: boboi, abg naz dan abg azuan
bawah (dari kiri) :: najwa, amirah dan nabilah

atas (dari kiri) :: niki, alzrie, boboi, abg naz, abg azuan dan abg fitri
bawah tu still the same person macam gambar kat atas tuu :P



oklaa thats all.. paipye !! :))

0 Suka Bebelan Si Farah:

Post a Comment

Kalau Berani Komen Laa :))