Thursday, October 4, 2012

Apa Tu Cinta ?? hurmm ~



Assalammualaikum W.B.T
wahai Readers yg Cute2 n Hensem Sekalian

Halluuu. Tiba-tiba terasa ingin update blog pulak pagi-pagi buta nii. Apa yang bakal ditulis olehku nanti tidak ada kaitan dengan sesiapa pun, samada yang masih hidup atau pun telah meninggal dunia.

Cinta ~ tahu kah apa maksudnya ?? meh sini gua share sama lu J

Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.


Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Sumber : TENTANGCINTA

So, amacam ?? tahu dah ?? hihi. Mesti ada rasa menyesal, sedih, marah, etc…haha. Suka hati jak aku buat conclusion.

Oke, itu hanya laa pembuka kata.. bagi paham korang dulu. Baru lah senang nak story hihi..

Dulu..time sekolah menengah, aku tak tau pun apa tu cinta..bila cakap pasal cinta, rasa geli..eww ~ mungkin disebabkan masih muda.. lepas itu couple dengan budak hensem (1st couple).. aku minat dia disebabkan muka hensem..lain-lain aku tak tengok pun..yang aku tahu boyfriend aku hensem..cukuplah..boleh aku bangga dengan kawan-kawan aku J..bila dapat boyfriend hensem, playboy pulak..lepas itu break..dapat boyfriend lagi time form 4 (2nd boyfriend)..yang ni aku tak tengok pun muka dia macamana..hensem ka ? buruk ka ? aku just terima jak..sebab dah fed up dengan lelaki hensem..time nii..prinsip aku..biar tak hensem yang penting setia..tapi stil jugak curang..2011 aku break dengan mamat ni..


So, now..i’m single….


1.    Aku ni bukan laa perfect. Macam orang lain selalu cakap “nobody is perfect”. Fizikal aku ? tak lawa. Ya, aku besyukur dengan apa yang aku ada. Kadang-kadang aku mengeluh jugak kenapa aku tak cantik macam yang lain. Tapi tak kesah laa. Yang penting family aku sayang aku.. J

2.    Aku memang seorang yang pemarah, penjeles yang teramat sangat, kuat merajuk, kuat touching..tapi aku ni senang sangat sayang orang..itu laa yang susahnya..

3.    Agama ? hurmm. Benda ni yang aku paling lemah sebenarnya. Terus terang aku bagitau. Aku ni tak kuat agama. Pakai tudung pun on off on off…solat ? hurmm…lagi laa..


So, sekarang ni..aku nak lelaki yang boleh bimbing aku dalam hal agama dan hal-hal lain jugak..aku tak bercinta just untuk suka-suka..ya, memang perangai aku macam budak-budak..suka main-main..tapi, ada masa aku serius jugak..



Dear future husband,
Aku perlu kau untuk jaga aku. Bimbing aku. Bawa ke jalan yang benar yang ALLAH sediakan. Terima aku seadanya. Kalau kau lebih pilih rupa daripada hati, then you are not even mine. Insyaallah, kalau ada jodoh..ALLAH akan pertemukan kita J..i’ll pray a lot for our sake..



oke laa..thats all..paipye :))


0 Suka Bebelan Si Farah:

Post a Comment

Kalau Berani Komen Laa :))