Sunday, September 8, 2013

Kuching Ultimate Open 2013


Assalamualaikum w.b.t


Setelah 3 hari training bersama teammates, rasa tidak puas pun ada juga. Sebab 2 hari sebelum game kami busy settle banyak benda. Yala, kan kami organizer. Kenalah buat kerja lebih sikit. Itupun hanya beberapa orang saja yang dapat tolong. Walaupun saya ni tidaklah membantu sangat, at least ada lah kan hahaha.

Sehari sebelum macam biasalah. Rushing habiss. Mana lagi fikir pasal padang, makanan, equipment, layan team-team lain lagi. Malam hari Jumaat tu captain meeting dekat McD waterfront. Rasanya tidak semua captain datang malam tu. It's oke lah, lagipun ada team yang datang dari jauh. So, fahamlah juga kan. 

Semua organizer stay dekat rumah Momoy Jumaat malam tu. Supaya senang nak buat kerja dan gerak awal ke padang esok pagi. Malam tu kami agih-agihkan baju tournament dan yang lain pergi isi air. Lewatlah juga kami tidur. Pukul 3 am rasanya. Itupun ada yang lagi lambat tidur. Ben dengan Kush la tu. Busy sewing kain superman diorang tu hahaha..

The next morning, kami lambat start game sebab lambat gerak dari rumah. Dahlah kami yang first game pagi tu. Lawan Falcon pulak. Team juara last year. Agak kucar-kacir juga sebab MC tiada, volunteer pun tiada. So, terpaksalah minta tolong dengan budak-budak Ultras yang tidak main. 

Cuaca sangat baik hati hari tu sebab memang tiada matahari. Langsung tidak panas. Dan kulit pun tidak sunburn macam tournaments sebelum ni huahuahuahua. Lepas final habis barulah hujan turun..

Nasib team kami memang baik hari tu sebab jadi CHAMPION..YEAH!!! hahaha. Walaupun 2 kali lawan dengan team Falcon, kami tetap dapat kalahkan diorang juga. So, congrats guys :)..


Saturday, August 3, 2013

Apa? Result dah keluar?? Oh tidak !!

Assalamualaikum w.b.t



3/8/2013 Saturday tarikh keramat!!! 

Hati berdebar, nebes, resah, gelisah dan segala-galanya ada hahaha. Kat twitter semua budak-budak degree UiTM busy tweet pasal result. Semuanya tidak sabar nak tunggu pukul 12 am nanti. Saya memang plan tidak mau tengok result pun hari ni. Esok-esok baru mau check. Kononnya lah, entah tahan ka tidak haha. 


Lepas 12 am tu banyak yang suda dapat and ada jugak yang belum dapat check result. Salah sorang yang belum dapat check result tu saya lah. Di twitter majority tweet ‘Alhamdulillah’. Saya semakin nebes nampaknya haha. Balik-balik check email tapi still tiada jugak. Aduii. Ceh! Padahal plan tidak mau tengok result harini dulu. Tidak tahan laa tu haha. 


Sampai pukul 2 am menunggu email datang. Mau check di student portal pun belum boleh lagi sebab pukul 9 am baru buka. So kalau memang tidak sabar mau check tu kena tunggu email sampailah. 


Lepas sahur tu result still tidak sampai lagi. Tengok twitter banyak dah yang dapat tengok result dorang. Lambatnyaa!! Tapi tidak apa. Saya sabar menanti. Ceeewahh ayat tu baa hahaha.. Okey dah banyak kali check email tapi still tidak sampai-sampai lagi. Bikin panas tau haha. Kali ni kalau check email tapi still tiada lagi memang give up dan tunggu esok saja laa.. 


Omaigaaadddd. Ada email dari uitm. Yaiiiii bikin takut tau. Mau tengok ka tidak ni? Tengok sajalaaa. Klik dan saya scroll pegi bawah. Pelan-pelan dannnn…. 


Aaaaaarrrgghhhh !!!! tidak !!!!!! mau pengsan boleh???? Gilaaaa.. betul-betul gilaa tau. Tidak expect dapat result macam tu. Memang suda redha and sedia kalau result tidak memuaskan (kenenlah bahasa melayu abiss hahaha). Rasa macam mau teriak abis-abis sampai hilang suara saja haha. Ibu pun kesian saya pegi kasi bangun ni baa. Tapi okeylah yang penting dia happy. Tu pun dah cukup buat saya hihi.. 


Kepada semua orang yang bagi support tu, terutama family, lecturer, dan kawan-kawan.. thank you !!! sayang korang semua hihihihi 



Hanya ini dapat ditayangkan hihi.. :)

Semoga benda ni dapat berterusan sampai final semester nanti. inshaa Allah :)

ok thats it.. kbaii :)

Thursday, July 4, 2013

Giveaway Ramadhan by JiwarOsak


Giveaway Ramadhan by JiwarOsak

JOM Sertai Giveaway Ramadhan yang dianjurkan oleh Jiwarosak.Com dan disponser oleh
AbgferOz | Emma Eshya | Cik Amabee | Puteri Insyirah | Atie Eryati | JR EvolusiKu | Miszz Nadea | Nor Syazwani | Amirul Syahnaz | Ieta Mat Sa’ad | Nadz Fisol | Nurmujahidah Ismail | Kak Noor Noorlia | Delima Zamrud | Nurul Syarafina | Edo Hayra | Schu Hada | Anastasia Ann | Khairul Zamri | MahaMahu | MahaGosip | Diari sedetik lebih Farisha | Ainul Asyirah Asyiqeen | Sempoi Jerk | Masni Abdul Kadir | Ahmad Siddiq Adnan

hanya 3 STEP dan anda mungkin memenangi hadiah yang menarik..
Terdapat pelbagai jenis hadiah dan cash yang boleh dimenangi.. untuk maklumat lanjut layari blog penganjur di AbgferOz

Tuesday, June 11, 2013

Sorry..



Assalamualaikum w.b.t


oh my dear blog.. i'm sorry for abandon you.. i'm busy with my student life.. i'll come back to you after i finish my final examination this JULY okee.. promise !! love yah !!


Follow me here :)

INSTAGRAM :: @ctfarahnajwaazmi_naju
KEEK 


Tuesday, March 5, 2013

Finally I'm Here ~


Assalamualaikum w.b.t


Hallo halloooo ~ weewit saya dah sampai kat Shah Alam.. fuh ! setelah 2 jam 50 minit dalam kapal terbang, sampai jugak ke 'PENINSULAR' ni kihkihkih.. tau ka ? siapa yang datang ambik? jeng jeng jeng.. siapakah orang bertuah ituuu?

Tadaaaa! ini dia orangnya.. cute kan ? (bluek! akak jangan perasan hahaha) 

inilah dia KAK NICKY YANG NGEGEH! hahaha :P


Lepas orang atas ni ambik kat LCCT.. kitorang terus chow dengan penuh bergaya menuju ke Shah Alam.. wuhuuu. hahaha. 

Sampai Uitm saya pegi daftar kolej (hostel) dulu. Dan saya telah ditinggalkan oleh 2 orang budak yang berhati perut iaitu MIRA and NOT. Mula-mula nak sebilik dengan dorang tapi bilik tu untuk 2 orang jak. Pastu tak boleh orang lain tolong book untuk kita. so dorang berdua laa jadi roomate :'(.. hahahah. 

Saya dapat bilik level 7. Tinggi oke!!!! tapi nasib baik ada lif kahkahkahkah. Ni yang best ni :P. Nasib baiklah dapat bilik tak jauh dengan bilik budak 2 orang tu. lebih kurang 20 meter macam tu laa.

Dan.....saya dapat roomate baru...nama dia ZAKIAH. Student CIVIL ENGINEERING..Budak pandai tu. Dia baik sangat :)..

Dah rest kejap, saya and kak nicky keluar pegi makan kat PADANG JAWA..ajak biras kak nicky sekali hahahah..nama dia Nurul Rafiqa..got new babe laa jawabnya nii hihi..

sebelah kiri tu laa Nurul Aqifar..yang kanan tu tak tau laa nama dia siapa :P

Bila saya memegang fon dan ada orang BUJAT ambik gambar..

Love Shape terbalik hahaha

Alhamdulillah semuanya kenyang..then menuju ke destinasi seterusnya..yerr ~ macam travelling jauh pulak..puih! haha..kitorang hantar 'NEW BABE' kami ni dulu baru laa pergi shopping..ceh! shopping laa sangat hahaha..alaa beli barang-barang untuk kat kolej jak pun..

Dan ini lah list barang-barang yang telah dibeli ::
- Bed sheet
- Blanket
- Bantal
- Barang mandian
- Sabun cuci
- Berus
- Baldi
- Towel
- Slipper
- Net
- Hanger + Penyepit baju

*hampir semua benda kaler biru..jangan lah jeles..yaakk! perasannya diri ini hahahaha

Dan tinggal satu benda lagi tak beli. Tempat letak barang-barang mandian semua..Sebab apa tak beli? Sebab tiada yang kaler biru hahahahahaha..Mengada kan?? :P

Kaki dah penat shoping..So, balik kolej laa..Kemas bilik and setting up my bed yang dibantu (majority dia yang buat laa..sory kak, menyusahkan hihihi :P) oleh Kak Nicky yang kiut :D..Nak tengok bed saya yang comel tak? tak nak tengok pun tak pa..Sila klik 'X' kat atas kanan screen yaa sahabat sekalian..hahaha annoyingnya :P..

Before
 

After

After and after (ada tambahan 2 ekor atas bantal tu..saya punya guardian :P)

Cutekannnn???? hahahaha..dah abis kemas semua barulah kitorang keluar dinner..ajak Zakiah (new roomate) sekali..makan kat RESTORAN UPIN IPIN !! betul! betul! betul! :P




Penat amat sangat..sampai bilik jak terus mandi and tido tebongkang atas katil hahahaha..

*gambar tu ada dari kak nicky punya fesbuk hihihi


oke laa thats it.. paipyee :))



Tuesday, February 26, 2013

Adakah Hubungan Cinta Anda Sihat?


Assalamualaikum w.b.t


Sukar untuk mengetahui 'jangka suhu' cinta anda? Adakah ia sihat atau pun demam? Atau sebenarnya sihat tapi suam-suam kuku kerbau? (haha kerbau pun boleh). Sukar juga jika anda sendiri tidak cuba untuk memeriksa 'jangka suhu' hubungan cinta anda. 


 


So, jom sama-sama cuba kuiz kat bawah ni supaya korang semua boleh tahu 'suhu' hubungan cinta korang tu....

1. Dulu, setiap 5 minit mesti korang berdua akan bermesej bertanyakan khabar atau apa saja walaupun sudah tiada topik untuk diborakkan. Maklumlah, itu saja cara untuk melepaskan rindu. Kini...

a. Masih sama
b. Kurang 
c. Sehari sekali pun sudah memadai
d. Tak perlu mesej-mesej, ada masa jumpa terus

2. Tiba-tiba korang rasa rindu kat someone. Adakah rindu si dia atau...

a. Mungkin orang lain
b. Bekas kekasih
c. Zaman semasa belum bergelar kekasih orang
d. Saat bersama dengan si dia

3. Korang ni seorang yang suka keluar dan berjumpa kekasih. Dia pula...

a. Sudah berubah
b. Lebih suka tidak berjumpa
c. 2x5 macam korang
d. Ada masa tu dia menolak

4. Suatu hari, korang mengajak kekasih korang keluar, dan dia bagitahu yang kawan-kawannya juga mengajak dia keluar. Apa pilihannya?

a. Keluar bersama korang dan kawan bersama-sama
b. Keluar bersama kawan dan biarkan korang sendirian
c. Keluar bersama anda
d. Duduk di rumah sahaja

5. Hari tu korang tak sihat. Korang bagitahu dia dan reaksinya?

a. Terus membawa anda ke klinik
b. Biarkan saja korang dan terus tidak dapat dihubungi
c. Membelikan korang ubat
d. Menjaga korang dan siap dengan pakej memasak sekali


Jom check jawapan !!!

1. a.5  b.3  c.2  d.1

2. a.2  b.1  c.3  d.5

3. a.1  b.2  c.5  d.3

4. a.2  b.3  c.5  d.1

5. a.3  b.1  c.2  d.5

Tambah semua jawapan then check the RESULT!!

THE RESULT !!!

Demam (5 - 10)

Parah jika ini berterusan. Hubungan korang dengan si dia sudah terlalu nazak dan sukar untuk diselamatkan. So, cari penyelesaian supaya hubungan korang akan kekal lama dan diredhai Allah. Amin ~

Dedar (10 - 17)

Jika jawapan korang di tahap ini, masih lagi punyai rasa cinta yang kuat. Cuma tidak membara macam dulu. So, teruskan berusaha. Semoga jodoh ada di antara korang.

Sihat walafiat (15 - 25)

Cinta korang masih mekar seperti dulu. Semoga ia mendapat rahmat dan jika ia benar-benar jodoh korang, cepat-cepatlah laksanakan tuntutan yang wajib iaitu bernikah. Tahniah!


source :: Dara.com Magazine

So? how was it? oke tak? Jomlah share apa yang korang dapat dengan klik Post A Comment kat bawah tuu.. hihi

okelah thats it.. paipye ~

Saturday, February 23, 2013

Stress ! Hindari dengan pemakanan yang sihat..


Assalamualaikum w.b.t



Post kali ni saya nak share apa yang saya baca kat DARA.COM magazine..



Apakah yang akan anda lakukan jika dalam keadaan stress? makan banyak-banyak atau tidur untuk menghindari dari memikirkan masalah? kebiasaannya ramai di kalangan kita yang lebih suka mangambil pendekatan makan. Tidak kira makanan segera ringan, snek dan sebagainya sebagai satu alternatif untuk menghilangkan stresss. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bethany Thayer (Pengarah Program Kesihatan Detroit & Jurucakap Persatuan Dietetik Amerika), gula-gula bar memberikan rangsangan ketika anda dalam keadaan stress. gula dan kanji dalam kebanyakan makanan ringan 'membuatkan anda berasa lebih baik untuk seminit, kemudiannya akan menjadi bertambah teruk'.

Jom atasi tekanan dengan mengikuti tips ini :-

Bina asas nutrisi yang baik

Tetapkan pemikiran dan badan anda terlebih dahulu supaya anda akan lebih 'berupaya' untuk menangani stress apabila ia berlaku. Sekurang-kurangnya ia dapat seimbangkan emosi anda, mengambil makanan secara teratur setiap hari iaitu setiap 4 atau 5 jam..


Nikmati karbohidrat kompleks

Nikmati hidangan bijirin, kismis dan lain-lain gandum bijirin, roti serta beras perang, pasta, sayur-sayuran, kekacang, buah-buahan dan susu tanpa lemak. Karbohidrat kompleks ini membantu otak anda menyingkirkan bahan-bahan kimia dalam serotonin yang memberi punca kepada stress. Menurut Susa Kleiner (Palar Pemakanan & Pengarang 'Mood Diet yang Baik'), jumlah lemak dalam minyak zaitun, avocado, kacang, biji benih, lemak ikan, mentega kacang juga membantu meningkatkan 'keupayaan' streaa dalam diri anda.


Mengiktiraf apa yang berlaku

Apabila anda berada dalam keadaan tertekan, ia akan mencetuskan keinginan untuk makan. Tanya pada diri sendiri, bilakah kali terakhir makan? 
'Biasanya perasaan emosi tercetus apabila anda terasa sangat lapar tetapi sebenarnya ia hanyalah tindak balas biasa untuk menghilangkan perasaan negatif," - S.Elissa Epel (Professor Psikiatri di University of California, San Francisco & Penyelidik bahagian pemakanan dan emosi).


Ubah suai makanan kegemaran

Adakah anda terasa mengidam snek rangup seperti cip? Apa kata, anda ubah suai makanan tersebut dengan makanan sihat. Pastikan potongan lobak merah dan batang saleri sentiasa ada dalam peti sejuk anda. Kepingan soya juga pilihan yang sihat, boleh jadikan snek rangup yang digoreng atau dibakar.


Buah-buahan

Buah-buahan memberi kemanisan semula jadi yang boleh mengurangkan keinginan anda terhadap makanan lain yang berisiko tinggi terutama dari segi paras gula.


Mulakan dengan kesedaran

Kesedaran tentang pola pemakanan yang sihat adalah sangat penting. Ia menggalakkan anda untuk memilih makanan yang berkhasiat dan seterusnya memberi isyarat fizikal kenyang atau lapar yang dihantar oleh otak. gunakan ia untuk membuat keputusan, makan ketika lapar dan berhenti apabila terasa kenyang.


Rancang pelan B dan C

Kadang kala anda 'diserang' stress secara tiba-tiba, jadi seeloknya simpan sedikit snek sihat bersama walau di mana anda berada. Sbagai permulaan, cuba dahulu paket kecil kekacang tanpa ditambah gula, garam atau bahan perisa lain. selain itu, anda juga boleh amalkan buah epal, pisang dan keju bersama kepingan roti gandum. Pilihan makanan ini membantu anda mengurangkan kadar kalori dalam tubuh.




Apa macam? oke tak? rasa-rasanya membantu tak semua ni? alaa. tak salah mencuba kan?
Apa-apa pun.. selamat mencuba semua :))

oke thats all.. paipye :))



I've been Approved !!


Assalamualaikum w.b.t


Yeah !! saya berjaya !! cepat tengok gambar kat bawah nii......


Hohohoho.. alaaa benda dah lama.. dah hampir sebulan.. dah nak fly fly away pegi sana punn :P.. `lembab laa minah nii update kay blog.. hoho.. sorry lah.. bukan sengaja (memang sengaja pun) tapi malas tu yang lebih sikit.. 

Tapi..... seriously happy sangat-sangat.. takut tak dapat.. sepanjang cuti ni asyik menghadap benda (laptop) ini jak.. cari mana-mana kerja yang sesuai.. Alhamdulillah laa dapat.. syukur kepada Allah.. tak sia-sia buang duit beli tiket kapal semata-mata pergi interview hari tu.. habis sampai seribu jugak (terima kasih kepada ibu and ayah :)) )..

2nd March 2013.. Saturday.. will leaving this beautiful creatures (Sabah) once more.. Bermastautin di Shah Alam pulak selepas 2 tahun lebih di Sarawak.. phew ~ tak sedar masa berlalu kan.. 

Harap-harap semuanya berjalan dengan baik bila kat sana (Shah Alam) nanti.. Insha Allah ~


oke thats all.. paipye :))

Thursday, January 10, 2013

Bandar Ultimate Open 2012


Assalamualaikum w.b.t




Berikut merupakan keputusan perlawanan yang dicapai oleh kami semasa kejohanan Bandar Ultimate Open 2012 yang berlangsung di Stadium Kebajikan Barakas, Brunei..

ULTRAS RESULT 

8th Dec 2012 (Day 1)

Ultras 11 - 4 ITB Ultimate


Ultras 11 - 3 Gravity Madness

Ultras 6 - 11 Viking


9th Dec 2012 (Day 2)

Quarter Final
Ultras 7 - 9 U.I.A

Ultras 6 - 15 HYSMD

5/6 Place
Ultras 13 - 5 U.I.A





ULTRALUMNI RESULT 

8th Dec 2012 (Day 1)

Ultralumni 11 - 3 Discbreakers


Ultralumni 11 - 0 Micfly

Ultralumni 11 - 1 Stormtrooper

Ultralumni 11 - 1 Roadrunner


9th Dec 2012 (Day 2)



Quarterfinal

Ultralumni 15 - 1 Disc is Spartan


Semifinal
Ultralumni 15 - 2 U.I.A

Final
Ultralumni 17 - 5 Viking





Walaupun majoriti pemain Ultras adalah baru dan ini merupakan pengalaman pertama mereka di dalam kejohanan luar, keputusan mereka amat membanggakan. Semua pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak pernah mengalah walaupun ketinggalan. Mereka ini adalah pemain pelapis dan dalam proses pembangunan bukan sahaja untuk menjadi pemain digeruni malah menjadi ketua dan pemimpin Ultras pada masa akan datang.




Ultralumni pula bermain tidak seperti yang dijangkakan. Dengan pengalaman dan strategi yang ada, mereka membelasah lawan tanpa belas kasihan. Semua mereka seperti binatang buas yang laparkan makanan (hari-hari nasi katok boss). Semua perlawanan dihabiskan tanpa menunggu game horn dibunyikan. Pernah beberapa kali ketinggalan mata pada awal permainan, tapi pengalaman orang tua-tua (Najmuddin) untuk membuat strategi mematahkan strategi lawan amat membantu. Pemain yang berbadan sasa (Ben) begitu digeruni apabila beliau mengeluarkan teknik Abang Sayang yang membuatkan defender lari ketakutan untuk mengejar beliau. Boy pula mempunyai teknik ninja iaitu berlari dan score tanpa dikesan lawan dan pasukan sendiri. Azuan pula, melarikan diri sambil membuang uras-uras di dalam padang. Teknik ini masih belum dapat diikut oleh mana-mana pemain kerana menyusahkan sendiri untuk mengutip kembali uras tersebut. Izzack, juggle disc dalam end zone. Teknik yang menjadi trend pemain masa kini tetapi agak sukar dipelajari kerana memerlukan latihan intensif dan teratur. Aswan pula tidak mengeluarkan teknik Botak Silau yang boleh menyilaukan pasukan lawan kerana menggunakan topi semasa bermain kerana takut menyilaukan pasukan sendiri. Gabungan pemain-pemain senior Ultras amat menggerunkan dan diharap prestasi semasa akan berterusan dan semakin meningkat di masa akan datang. 



Ultras. Huaaa!!






Tuesday, January 8, 2013

Rumahku ~ Keluargaku ~


Assalamualaikum w.b.t


Finally ~ able to surf internet. *thanks daddy*.. feels like a year ~ hahaha. now I was in Sabah (my home), since December 23rd, 2012. Here, I am not able to do anything fun at all.. such a boring life eeerrrgghhhh ~ hahaha. just kidding :P.. 

Ceh ~ ada hati nak speaking English konon. MUET pun tak pass lagi huahuahuahuahua malunya diri ini.. oke oke.. dah cukup main-main.. disini saya memang duduk rumah memanjang.. yalaa, mau keluar rumah pun mau pegi mana.. kawan-kawan semua tiada kat kampung.. semuanya pegi sambung study.. hujung bulan nii baru ada yang cuti.. so, terpaksa laa saya jadi suri rumah sepenuh masa.. menguruskan anak-anak.. hahahahaha.. sengal... 

Buat apa sekarang ?? 

Sekarang ni tengah cuti. just finished my Diploma yeaahhh ! hahaha. so, tunggu result masuk degree lagi.. *harap-harap dapat.. i hope i hope i hope ~ wish me luck guys* 




Thats it. paipyee ~ Wassalam..