Thursday, January 10, 2013

Bandar Ultimate Open 2012


Assalamualaikum w.b.t




Berikut merupakan keputusan perlawanan yang dicapai oleh kami semasa kejohanan Bandar Ultimate Open 2012 yang berlangsung di Stadium Kebajikan Barakas, Brunei..

ULTRAS RESULT 

8th Dec 2012 (Day 1)

Ultras 11 - 4 ITB Ultimate


Ultras 11 - 3 Gravity Madness

Ultras 6 - 11 Viking


9th Dec 2012 (Day 2)

Quarter Final
Ultras 7 - 9 U.I.A

Ultras 6 - 15 HYSMD

5/6 Place
Ultras 13 - 5 U.I.A





ULTRALUMNI RESULT 

8th Dec 2012 (Day 1)

Ultralumni 11 - 3 Discbreakers


Ultralumni 11 - 0 Micfly

Ultralumni 11 - 1 Stormtrooper

Ultralumni 11 - 1 Roadrunner


9th Dec 2012 (Day 2)



Quarterfinal

Ultralumni 15 - 1 Disc is Spartan


Semifinal
Ultralumni 15 - 2 U.I.A

Final
Ultralumni 17 - 5 Viking





Walaupun majoriti pemain Ultras adalah baru dan ini merupakan pengalaman pertama mereka di dalam kejohanan luar, keputusan mereka amat membanggakan. Semua pemain menunjukkan semangat juang yang tinggi dan tidak pernah mengalah walaupun ketinggalan. Mereka ini adalah pemain pelapis dan dalam proses pembangunan bukan sahaja untuk menjadi pemain digeruni malah menjadi ketua dan pemimpin Ultras pada masa akan datang.




Ultralumni pula bermain tidak seperti yang dijangkakan. Dengan pengalaman dan strategi yang ada, mereka membelasah lawan tanpa belas kasihan. Semua mereka seperti binatang buas yang laparkan makanan (hari-hari nasi katok boss). Semua perlawanan dihabiskan tanpa menunggu game horn dibunyikan. Pernah beberapa kali ketinggalan mata pada awal permainan, tapi pengalaman orang tua-tua (Najmuddin) untuk membuat strategi mematahkan strategi lawan amat membantu. Pemain yang berbadan sasa (Ben) begitu digeruni apabila beliau mengeluarkan teknik Abang Sayang yang membuatkan defender lari ketakutan untuk mengejar beliau. Boy pula mempunyai teknik ninja iaitu berlari dan score tanpa dikesan lawan dan pasukan sendiri. Azuan pula, melarikan diri sambil membuang uras-uras di dalam padang. Teknik ini masih belum dapat diikut oleh mana-mana pemain kerana menyusahkan sendiri untuk mengutip kembali uras tersebut. Izzack, juggle disc dalam end zone. Teknik yang menjadi trend pemain masa kini tetapi agak sukar dipelajari kerana memerlukan latihan intensif dan teratur. Aswan pula tidak mengeluarkan teknik Botak Silau yang boleh menyilaukan pasukan lawan kerana menggunakan topi semasa bermain kerana takut menyilaukan pasukan sendiri. Gabungan pemain-pemain senior Ultras amat menggerunkan dan diharap prestasi semasa akan berterusan dan semakin meningkat di masa akan datang. 



Ultras. Huaaa!!






Tuesday, January 8, 2013

Rumahku ~ Keluargaku ~


Assalamualaikum w.b.t


Finally ~ able to surf internet. *thanks daddy*.. feels like a year ~ hahaha. now I was in Sabah (my home), since December 23rd, 2012. Here, I am not able to do anything fun at all.. such a boring life eeerrrgghhhh ~ hahaha. just kidding :P.. 

Ceh ~ ada hati nak speaking English konon. MUET pun tak pass lagi huahuahuahuahua malunya diri ini.. oke oke.. dah cukup main-main.. disini saya memang duduk rumah memanjang.. yalaa, mau keluar rumah pun mau pegi mana.. kawan-kawan semua tiada kat kampung.. semuanya pegi sambung study.. hujung bulan nii baru ada yang cuti.. so, terpaksa laa saya jadi suri rumah sepenuh masa.. menguruskan anak-anak.. hahahahaha.. sengal... 

Buat apa sekarang ?? 

Sekarang ni tengah cuti. just finished my Diploma yeaahhh ! hahaha. so, tunggu result masuk degree lagi.. *harap-harap dapat.. i hope i hope i hope ~ wish me luck guys* 




Thats it. paipyee ~ Wassalam..