Tuesday, February 26, 2013

Adakah Hubungan Cinta Anda Sihat?


Assalamualaikum w.b.t


Sukar untuk mengetahui 'jangka suhu' cinta anda? Adakah ia sihat atau pun demam? Atau sebenarnya sihat tapi suam-suam kuku kerbau? (haha kerbau pun boleh). Sukar juga jika anda sendiri tidak cuba untuk memeriksa 'jangka suhu' hubungan cinta anda. 


 


So, jom sama-sama cuba kuiz kat bawah ni supaya korang semua boleh tahu 'suhu' hubungan cinta korang tu....

1. Dulu, setiap 5 minit mesti korang berdua akan bermesej bertanyakan khabar atau apa saja walaupun sudah tiada topik untuk diborakkan. Maklumlah, itu saja cara untuk melepaskan rindu. Kini...

a. Masih sama
b. Kurang 
c. Sehari sekali pun sudah memadai
d. Tak perlu mesej-mesej, ada masa jumpa terus

2. Tiba-tiba korang rasa rindu kat someone. Adakah rindu si dia atau...

a. Mungkin orang lain
b. Bekas kekasih
c. Zaman semasa belum bergelar kekasih orang
d. Saat bersama dengan si dia

3. Korang ni seorang yang suka keluar dan berjumpa kekasih. Dia pula...

a. Sudah berubah
b. Lebih suka tidak berjumpa
c. 2x5 macam korang
d. Ada masa tu dia menolak

4. Suatu hari, korang mengajak kekasih korang keluar, dan dia bagitahu yang kawan-kawannya juga mengajak dia keluar. Apa pilihannya?

a. Keluar bersama korang dan kawan bersama-sama
b. Keluar bersama kawan dan biarkan korang sendirian
c. Keluar bersama anda
d. Duduk di rumah sahaja

5. Hari tu korang tak sihat. Korang bagitahu dia dan reaksinya?

a. Terus membawa anda ke klinik
b. Biarkan saja korang dan terus tidak dapat dihubungi
c. Membelikan korang ubat
d. Menjaga korang dan siap dengan pakej memasak sekali


Jom check jawapan !!!

1. a.5  b.3  c.2  d.1

2. a.2  b.1  c.3  d.5

3. a.1  b.2  c.5  d.3

4. a.2  b.3  c.5  d.1

5. a.3  b.1  c.2  d.5

Tambah semua jawapan then check the RESULT!!

THE RESULT !!!

Demam (5 - 10)

Parah jika ini berterusan. Hubungan korang dengan si dia sudah terlalu nazak dan sukar untuk diselamatkan. So, cari penyelesaian supaya hubungan korang akan kekal lama dan diredhai Allah. Amin ~

Dedar (10 - 17)

Jika jawapan korang di tahap ini, masih lagi punyai rasa cinta yang kuat. Cuma tidak membara macam dulu. So, teruskan berusaha. Semoga jodoh ada di antara korang.

Sihat walafiat (15 - 25)

Cinta korang masih mekar seperti dulu. Semoga ia mendapat rahmat dan jika ia benar-benar jodoh korang, cepat-cepatlah laksanakan tuntutan yang wajib iaitu bernikah. Tahniah!


source :: Dara.com Magazine

So? how was it? oke tak? Jomlah share apa yang korang dapat dengan klik Post A Comment kat bawah tuu.. hihi

okelah thats it.. paipye ~

0 Suka Bebelan Si Farah:

Post a Comment

Kalau Berani Komen Laa :))