Saturday, February 23, 2013

Stress ! Hindari dengan pemakanan yang sihat..


Assalamualaikum w.b.t



Post kali ni saya nak share apa yang saya baca kat DARA.COM magazine..



Apakah yang akan anda lakukan jika dalam keadaan stress? makan banyak-banyak atau tidur untuk menghindari dari memikirkan masalah? kebiasaannya ramai di kalangan kita yang lebih suka mangambil pendekatan makan. Tidak kira makanan segera ringan, snek dan sebagainya sebagai satu alternatif untuk menghilangkan stresss. Menurut kajian yang dilakukan oleh Bethany Thayer (Pengarah Program Kesihatan Detroit & Jurucakap Persatuan Dietetik Amerika), gula-gula bar memberikan rangsangan ketika anda dalam keadaan stress. gula dan kanji dalam kebanyakan makanan ringan 'membuatkan anda berasa lebih baik untuk seminit, kemudiannya akan menjadi bertambah teruk'.

Jom atasi tekanan dengan mengikuti tips ini :-

Bina asas nutrisi yang baik

Tetapkan pemikiran dan badan anda terlebih dahulu supaya anda akan lebih 'berupaya' untuk menangani stress apabila ia berlaku. Sekurang-kurangnya ia dapat seimbangkan emosi anda, mengambil makanan secara teratur setiap hari iaitu setiap 4 atau 5 jam..


Nikmati karbohidrat kompleks

Nikmati hidangan bijirin, kismis dan lain-lain gandum bijirin, roti serta beras perang, pasta, sayur-sayuran, kekacang, buah-buahan dan susu tanpa lemak. Karbohidrat kompleks ini membantu otak anda menyingkirkan bahan-bahan kimia dalam serotonin yang memberi punca kepada stress. Menurut Susa Kleiner (Palar Pemakanan & Pengarang 'Mood Diet yang Baik'), jumlah lemak dalam minyak zaitun, avocado, kacang, biji benih, lemak ikan, mentega kacang juga membantu meningkatkan 'keupayaan' streaa dalam diri anda.


Mengiktiraf apa yang berlaku

Apabila anda berada dalam keadaan tertekan, ia akan mencetuskan keinginan untuk makan. Tanya pada diri sendiri, bilakah kali terakhir makan? 
'Biasanya perasaan emosi tercetus apabila anda terasa sangat lapar tetapi sebenarnya ia hanyalah tindak balas biasa untuk menghilangkan perasaan negatif," - S.Elissa Epel (Professor Psikiatri di University of California, San Francisco & Penyelidik bahagian pemakanan dan emosi).


Ubah suai makanan kegemaran

Adakah anda terasa mengidam snek rangup seperti cip? Apa kata, anda ubah suai makanan tersebut dengan makanan sihat. Pastikan potongan lobak merah dan batang saleri sentiasa ada dalam peti sejuk anda. Kepingan soya juga pilihan yang sihat, boleh jadikan snek rangup yang digoreng atau dibakar.


Buah-buahan

Buah-buahan memberi kemanisan semula jadi yang boleh mengurangkan keinginan anda terhadap makanan lain yang berisiko tinggi terutama dari segi paras gula.


Mulakan dengan kesedaran

Kesedaran tentang pola pemakanan yang sihat adalah sangat penting. Ia menggalakkan anda untuk memilih makanan yang berkhasiat dan seterusnya memberi isyarat fizikal kenyang atau lapar yang dihantar oleh otak. gunakan ia untuk membuat keputusan, makan ketika lapar dan berhenti apabila terasa kenyang.


Rancang pelan B dan C

Kadang kala anda 'diserang' stress secara tiba-tiba, jadi seeloknya simpan sedikit snek sihat bersama walau di mana anda berada. Sbagai permulaan, cuba dahulu paket kecil kekacang tanpa ditambah gula, garam atau bahan perisa lain. selain itu, anda juga boleh amalkan buah epal, pisang dan keju bersama kepingan roti gandum. Pilihan makanan ini membantu anda mengurangkan kadar kalori dalam tubuh.




Apa macam? oke tak? rasa-rasanya membantu tak semua ni? alaa. tak salah mencuba kan?
Apa-apa pun.. selamat mencuba semua :))

oke thats all.. paipye :))



1 Suka Bebelan Si Farah:

Aishah Jahirah

haish mmg tgh stress pun ni...huhuu

Post a Comment

Kalau Berani Komen Laa :))