Sunday, September 21, 2014

Internship mode is on!!


Assalamualaikum w.b.t

Sedar tak sedar dah 2 weeks kami berpraktikal. Eh! mesti ada lagi yang belum tahu kan gua praktikal dekat mana. Yelah, dah semua Facebook, Twitter & Instagram tak aktif macam dulu. So, memang tak update apa-apa dekat sana lagi. 

  

Kini saya telah menjadi pekerja (intern) di Company Harimau ataupun nama yang dikenali ramai di seluruh dunia iaitu MAYBANK. Yup gua praktikal dekat Maybank yang tengah-tengah Kuala Lumpur tu. Alaa yang menara tinggi tu. Dekat-dekat dengan menara KLCC. Kalau still tak tau juga pegilah google ye :)..

Gua bersama geng ketat gua iaitu Not. Tapi kitorang tak sama department. Dia EVER department, which is gua pun sampai sekarang tak boleh ingat lagi fullname EVER tu. Department dia tu banyak urus events Maybank. Gua pula Sport department. Setakat ni gua banyak keja opis ja. Buat proposal, double check duit claim players bola, urus jersi, check budget, etc. Tapi selalunya tunggu supervisor bagi kerja. Banyak tournament juga Maybank join dan organize ni kan. Akan datang ni ada Liga Hoki, Golf Tournament, Liga Futsal (ni saja lah yang gua tau :P).

Sepanjang internship ni gua akan menetap di Batang Kali, Hulu Selangor. Rumah family Not. Tiap hari bangun 5.50 am. Gerak dari rumah 6.30/6.40 am sebab naik KTM dari Rawang. Stesen KTM Batang Kali tak okay lagi. Sejam dalam KTM tu kitorang apa lagi, tidurlah sampai tiba dekat KL Sentral. Penat tu memang penatlah. Tapi nak buat cano lagi. Redah jo laaa.

Dekat Maybank ni semua staff dia best sangat-sangat. Friendly. Baru sehari dua dekat sini tapi macam dah kenal lama diorang ni. Tak sombong langsung. Tak kira pangkat besar atau kecil. Kalau kita tegur diorang confirm akan tegur balik. Best!!

Oh yaa. Satu lagi best. Kerja dari 8.45 am sampai 5.45 pm. Pastu lunch hour sejam, 12pm-1pm atau 1pm-2pm. Tapi benda yang paling gua tunggu tiap-tiap hari is bila tiba pukul 3pm. Every 3pm kitorang ada buat refreshment a few minutes. Nak bagi hilang stress sekejap diorang kata. So, sorang akan lead. Mainlah apa-apa saja game. Semua akan follow. Sporting kan diorang semua? Gua dah handle Isnin lalu. Semua support. Dari malu terus tak malu. Tu pun Not bantu mula-mula tu hihi. 

Ni gua sempatlah juga record apa yang kitorang buat untuk refreshment Rabu lalu (17/09/2014).. Maaf gua tak edit langsung video ni :) :P



Best kan? hihi. Inshaa Allah next time gua record lagi kalau ada peluang wokeyyy :).. Paipyeeee

12 Suka Bebelan Si Farah:

su-aizal97

Hello there may i know if u get paid during the internship? Thank you for the respond ��

CtFarahNajwaAzmi

Hi there. Sorry for taking too long to reply. Yeap RM40 per day.

hamizahnasarudin

Hi there, may i know how you apply intern there by call or email? And any requirements? Thank in advance.

Bya Bia

Assalamualaikum wbt..bole tnya akk apply intern maybank mcm mne? Ap requirement die? Akk amik position ap?

CtFarahNajwaAzmi

Hi. You can apply internship by submit your application which consist of resume and documents from university.

CtFarahNajwaAzmi

Hi. You can apply internship by submit your application which consist of resume and documents from university. I was in Sports Unit under HR Department.

NOR ZULLIKA

tumpang tny .boley pilih lokasi atau diaorang tetapkan.contoh perak

CtFarahNajwaAzmi

Hi. U kena apply dekat tempat yg u nak praktikal.

Nur Nabilah

Hai,ada interview ke utk internship maybank?

CtFarahNajwaAzmi

Haii. Yang saya takde lah pulak. Tak tau kalau now dorg dah buat interview

Mohd Nursyahir

biasanya setelah permohonan, berapa lama ye untuk tahu keputusan?

CtFarahNajwaAzmi

Emm tak sure. U kena rajin follow up. Call balik2 sebab kadang2 they might forget ur application.

Post a Comment

Kalau Berani Komen Laa :))